Saturday, January 15, 2011

Ukuran abaya

Abaya ini selalunya dipakai longgar untuk tidak menunjukkan bentuk badan. Disini saya terangkan bagaimana ukuran diambil. Semua abaya yang dipamerkan berbentuk kaftan, maksudnya tak ada sambungan pada lubang lengan.

Ukuran DADA di ambil dengan mengambil ukurlilit baju dibahagian dada iaitu 11 inci dari bahu ke dada.

Ukuran LENGAN pula di ambil dari hujung lengan kiri ke hujung lengan kanan.

Ukuran Labuh diambil dari tengkuk hingga ke bawah baju.

Selalunya ukuran abaya di ambil mengikut ketinggian seseorang. Size 52 menunjukkan labuh abaya ialah 52inci. Jika lebar abaya itu besar bagi anda, anda boleh kecilkan dengan menjahit kedalam sedikit.


Moleq

No comments:

Post a Comment